Friday, September 3, 2010

Penantianmu,kebahagianku

Dia,insan yang telah membuat hati aku gembira sgt2,
aku ta sangka..
dia budak sekerja dgn aku,kini bakal menjadi suami aku sendiri,,
syukur alhamdullilah..
benarlah..kuasa Tuhan memang tiada bandingnya
selama 5 tahun dia menanti aku dengan penuh kesabaran,
segala maki hamun aku terhadap dia,ditelan,disimpan diam2
walaupun kata2 aku terhadap dia dulu agak pedas,
dia masih menanti dengan penuh setia,
tatkala dia memberitahu rakan baik aku sendiri betapa
dia mencintai aku, Allah membuka pintu hati aku
kelakuan aku terhadap dia mula berubah,
seolah-olah aku tahu dia lah yang terbaik utk aku..
tapi..
tiba-tiba dia berubah,
mungkin berniat untuk berputus asa memenangi hati aku..
tapi ternyata sinar kebahagian masih menyebelahi aku dan dia,
aku terjumpa keratan gambar aku dan dia,
rupa2nya,rakan aku beritahu,itu kerja dia,
dengan harapan satu hari nanti kami berdua bertemu jodoh,,
aku tersenyum gembira.
lantas.aku scan gambar tu dan edit menjadikan muka depan kad jemputan
kahwin,
dengan muka tak tahu malu aku bagi dia kad jemputan tu
aku: ni kad jemputan kahwin aku..nanti ko jgn lupe datang lak..
dia:err..ko da na kawin? betul ke?
aku: da ad kad jemputan depan mata ko..mestila aku da na kawin..npe aku ta bole kawin ke?
dia:-diamkan diri-
aku: datang ea...ok...aq da na balik ni..bye...
aku  terus tinggal kan dia macam tu shj,dengan muka yg termangu, dia duduk kat ofis sorang2,
tapi..aku ta balik terus, aku intai dia kat celah2 pintu ofis,
bila dia buka je kad tu..dahi dia berkerut
rase mcm serba tak kena. dia amik sampul kad tu,teliti betul nama yg ada kat kad tu..
nama aku dan dia..
lama dia memikirkan..
dan lama juga aku memerhatikan..
tak lama kemudian dia menjerit
"yahoooooooooo.....dia suka aku!!"
saat tu paling memalukan walau pun dia tidak tahu aku
memerhatikan dia..
kelakar betul..
walau macam mana pun..aku bersyukur kerana..
sekarang dia bakal menjadi suami aku..
harap sgt hubungan kami berkekalan..amin..